Teknologi wi fi melalui perkhidmatan jalur lebar(broadband)membolehkan pengguna mengakses internet di mana-mana. Maklumat kini betul-betul di hujung jari.
Cuma yang menimbulkan kesangsian ialah kemudaratan yang diakibatkan oleh bahang radiasi yang dipancarkan menerusi Frekuensi Radio. Satu rumusan dari hasil kajian terperinci diperlukan bagi melegakan orangramai tentang gejala yang boleh memusnahkan kehidupan sejahtera ini.
Pulau pinang misalnya ingin menjadi negeri pertama di Malaysia diiktiraf sebagai negeri yang menyediakan perkhidmatan wi fi terunggul. Namun usaha ke arah ini mungkin terbantut sekiranya kajian membuktikan bahawa rangkaian wayarles yang bakal dilaksanakan mendatangkan mudarat pada rakyatnya.
Sejauhmanakah mudaratnya frekuensi radio yang dihasilkan ini? Kita juga sebenarnya terdedah dengan gejala ini sementelah kini terdapat banyak tiang-tiang pemancar yang berdiri antaranya di bangunan-bangunan tinggi berhampiran rumah kediaman malah ada di antaranya menjadi sumber pendapatan bagi premis-premis persendirian termasuk surau dan mesjid.
Apakah itu yang dinamakan sebagai harga yang perlu dibayar demi kemajuan hidup?
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment