Friday, October 10, 2008

Tol Baru, Sikap Lama

Plaza tol baru Jelapang pun dirempuh. itu cerita muka depan Berita Harian. Baru empat bulan dibuka bagi menggantikan plaza maut, plaza tol ini mencatat kes kemalangan pertama apabila sebuah treler merempuh bas ekspres yang sedang berhenti untuk membayar tol. Akibatnya lima penumpang bas tersebut cedera.

Jika dulu mungkin sebab lokasi tol yang dikatakan berada pada tempat yang tidak sesuai tetapi kini salah siapa lagi? Pemandu treler itu seharusnya diberi 'penghargaan' kerana berjaya memecah rekod sebagai pengguna yang pertama mengakibatkan kemalangan diplaza tol yang masih dara itu.

Kita percaya beliau juga tentu tidak berniat untuk terlibat dalam kemalangan itu namun cuba kita tanya langkah-langkah keselamtan yang diambil apakah telah mencukupi?
Apakah disebabkan lokasi plaza tol telah berada dalam keadaan lebih selamat beliau pula lupa mengambil langkah lebih berwaspada. Aduhai.....

Beralih pula pada satu lagi berita perihal keselamatan jalanraya. Ops Sikap 17 Capai matlamat.

Jika musim raya 2007 menyaksikan 225 korban tetapi tahun ini hanya 208. Ini berita yang sedap didengar. Walaupun mustahil memperoleh sasaran kemalangan dan maut sifar, namun kita rasa lega kerana jumlah yang terbabit berkurangan.

Pasti ia disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kesedaran pengguna sendiri, penguatkuasaan undang-undang dan penyebaran peringatan demi peringatan oleh media seperti akhbar, radio dan televisyen.

Setidak-tidaknya ops sikap kali ini berhasil menyedarkan orang ramai agar mengubah sikap dan semoga sikap ini akan berterusan walau di luar musim perayaan. Betapa ada waktunya kita perlu diasak dengan peringatan, amaran dan nasihat untuk mengubah sedikit sikap yang sudah mendarah daging lantaran memenuhi tuntutan gaya hidup yang kononnya semakin sofistikated,

No comments: