Tuesday, October 7, 2008

RE X C HARI INI

(i)

Tercetus dari mulut pemimpin atau tokoh masyarakat berhubung meminta pihak-pihak tertentu agar cermin diri dan muhasabah diri atas isu-isu yang berkaitan. Seruan itu jelas terpuji dan amat menuntut agar pihak yang ditegur memberi sepenuh perhatian. Namun sebaik-baiknya pihak yang menegur juga perlu melakukan tindakan serupa agar 'hidangan' di atas meja sama menyelerakan. Jangan sampai terjadi yang ditegur digemari yang menegur membasi.


(ii)

Persidangan pemilihan perwakilan UMNO semakin hampir. Jika minggu lepas umat Islam memberi sepenuh perhatian menghitung jam bermulanya takbir menandakan masuknya 1 Syawal.

Hari ini pula sebilangan besar umat Melayu yang berpartikan UMNO asyik mengira-ngira ketikanya untuk mengetahui calon-calon mereka ke Persidangan Agung pada tahun hadapan.

Bak kata posting semalam, setakat ini(menerusi apa yang dipaparkan dalam media), sudah ketahuan ada individu yang menyuarakan hasrat untuk merebut jawatan-jawatan tertentu terutama untuk kerusi nombor dua.

Sehingga ada yang menempelak agar 'ukur baju di badan sendiri' terlebih dahulu sebelum menyatakan pendirian. Ada yang mengemukakan beberapa kriteria sekiranya berhasrat untuk 'berpencak' di gelanggang muluk itu.

Apapun kita nantikan natijahnya apabila sampai detik dan ketikanya nanti. Cuma kepada mereka yang bernafsu sangat ingin menampilkan diri untuk diangkat sebagai pemimpin khasnya sebagai pemimpin umat, eloklah perhatikan peringatan Allah SWT ini yang berkait raoat dengan amanah.

Cuba lihat maksud ayat 58 Surah Annisa':

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil......"

Betapa amanah itu mempunyai kategori iaitu :

1. Amanah yang ada hubungan dengan Allah SWT
2. Amanah yang ada hubungan dengan diri sendiri
3. Amanah yang ada hubungan dengan sesama manusia.

Cuba lihat pula maksud hadis ini :

"Tunaikanlah amanah kepada orang yang telah memberikan kepercayaan kepadamu dan janganlah mengkhianati orang yang telah mengkhianatimu"

Menawarkan diri untuk merebut sesatu kedudukan atau jawatan pastinya akan tertakluk kepada segunung amanah yang perlu ditanggung kemudiannya seandainya terpilih.

Kok sekiranya perebutan itu didasari dengan nawaitu untuk merubah dan mengepalai yang dipimpin ke arah kebaikan dan kebenaran, alangkah murninya dan wajar diberi sepenuh sokongan. Tetapi sekiranya ia hanya mainan mememuaskan nafsu semata-mata, eloklah menarik diri sebelum terlambat. Janganlah bak kata orang putih 'take things for granted' tanpa memikir impaknya kepada diri sendiri dan yang lebih ditakuti 'gempa' yang bakal memusnahkan bangsa dan agama.

No comments: