Sunday, October 19, 2008

Terkenang BERSATU

Minggu depan ialah Minggu Sukan Melakafm. Misi untuk mencari wakil ke Karnival Sukan Tiga Penjuru yang bakal berlangsung pada November depan. Kali ini Melakafm jadi tuan rumah pada kejohanan dwi tahunan ini yang melibatkan Melakafm/Negerifm, Pahangfm & Johorfm.

Ramai yang bertanya KBR nak join sukan apa? Tengoklah dulu. Paling tidak nanti akan ada sajak tentang sukan. Tengoklah.

Sempat meninjau rakan-rakan berlatih takraw. Hebat juga mereka. Rahim, Amy, Rohaidi malah Izad kecil molek tu pun ligat juga melipat bola. Semangat sungguh dia orang.

Seketika sempat memutar filem kenangan sekitar tahun 70-an. Pernah terlibat dengan kumpulan sepaktakraw & badminton kampung. Posisi apit kiri lagi. Masih ingat lagi nama kumpulan kami, Bersatu. Gelanggang kami di rumah Imam Hassan, penaung dan penasihat kami. Nama Bersatu tu pun beliau yang beri-tanda kesatuan hati dan perpaduan budak-budak kampung katanya.

Kami berlatih boleh kata setiap petang.Sepanjang tempoh itu kami sempat mengadakan pertandingan dengan beberapa kumpulan dari kampung berhampiran termasuk dari kumpulan anak-anak polis yang digeruni-bukan setakat kecekapan mereka tapi ketrampilan mereka yang merupakan anak-anak kakitangan beruniform yang cukup digeruni ketika itu.

Selalunya kumpulan Bersatu menjadi 'ulam' sahaja. Namun ia tidak sampai memaatahkan semangat. Bagi kami pelajaran yang lebih beerti ialah pembinaan sikap dan semangat murni termasuk membiasakan diri dengan solat berjemaah.Itulah yang disiplin diri yang ditanamkan oleh Imam Hassan. Oh ya Imam Hassan ini ada talian persaudaraan dengan mantan Naib Presiden Indonesia,Tun Adam Malek. Saya sendiri sempat juga menatap dan bersalaman dengan Pak Adam ketika Allahyarham datang melawat leluhur beliau di Chemor sekiktar tahun 70-an.

Berbalik ada kumpulan Bersatu- usianya tidak lama. Sejurus kami naik ke sekolah menengah, masing-masing sudah ada kesibukan tersendiri. Lalu kumpulan Bersatu pun tak dapat tidak Bercerai.

Sejak itu sudah agak kekok menyepak bola raga walaupun sesekali ada jga turun padang tapi tidaklah semeriah ketika bersama Kumpulan Bersatu kerana selesai saja bermandi peluh di gelanggang, kami akan membasahkan diripula dengan berendam di kolam ikan berhampiran rumah Imam Hasan sehingga hampir maghrib.

Aduhai sejurus filem kenangan terhenti berputar apabla dikejutkan oleh rakan-rakan Melakafm yang menyudahkan latihan mereka kerana azan maghrib hampir berkumandang dari Mesjid Al Azim.

No comments: