Friday, October 3, 2008

Corat Coret(ii)


Hari raya ke-2. Suasana di Arena Square, Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai Lembah kembali menjadi tumpuan ramai. Rupa-rupanya ramai juga yang kempunan nak makan siang hari di tempat awam setelah sebulan penuh ditegah daripada melakukannya. Nak lepas gian barangkali.

Specialty di gerai makan Lembah adalah laksa. Laksa Sayong lebih tepat. Laksa yang diperbuat dari beras atau tepung gandum. Dimakan sambil menghirup cendol atau ais kacang.

Yang nak bawa pulang juga boleh 'tapau'. Pokoknya hari ini tiada halangan lagi. Yang menjadi tumpuan saya dan keluarga ialah gerai Laksa Yusof. Perniagaan keluarga ini menyediakan laksa yang boleh dibawa pulang kerana telah siap dibungkus termasuk kuahnya sekali.

Menurut Puan Siti Arbayah(isteri Pak Yusof) beliau telah berniaga hampir 30 tahun. Satu yang menarik tentang Laksa Yusof ialah ia kini turut diminati kalangan istana. Menurut beliau baru semalam(hari raya pertama)Laksa Yusof turut menjadi menu yang dihidangkan pada majlis rumah terbuka Istana di Bukit Chandan.

Memang sesuai dengan citarasa diRaja, laksa Yusof ternyata enak. Jadi kalau ingin menikmati laksa di Kuala Kangsar carilah Laksa Yusof.

No comments: