Hari ini menatap berita pemergian dua wanita- Norhashimah Ismail isteri Ku Seman Ku Hussin dan Shamsiah Fakeh bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar(AWAS).
Almarhumah Norhashimah khabarnya mengalami pendarahan serius pada minggu hari raya yang lepas sehingga dimasukkan ke Hospital Universiti Kuala Lumpur. Zuraidah(penerbit Drama radio RTM) sempat menziarahi Almarhumah. Menurut beliau ketika itu Hashimah hanya mampu berkomunikasi menerusi tulisan.
Almarhumah pergi meninggalkan tiga orang anak hasil perkongsian hidup dengan Ku Seman.
Sementara itu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Shamsiah Fakeh, 84 tahun, meninggal dunia kerana sakit tua di kediamannya di Tropicana, Damansara hari ini.
Shamsiah, yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuh pada 1946, meninggal dunia pada pukul 9 pagi tadi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Besi selepas solat Asar. Demikian menurut anaknya Jamaluddin Ibrahim. Allahyarham yang sebelum ini tinggal di China dan kembali ke Malaysia pada tahun 1994 selepas termeterainya perjanjian damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989, meninggalkan dua anak lelaki dan empat cucu.
Mereka mungkin tiada kaitan antara satu sama lain tapi mereka adalah wanita iaitu isteri dan ibu yang melahirkan zuriat ke maya pada ini.Ditakdirkan mereka dipanggil menghadap Ilahi pada hari yang sama.
Pada yang ditinggalkan hanya keredhaan yang mampu mengubat kesedihan.Doa dipanjatkan moga mereka beroleh rahmat dan keampunan Allah SWT dan ditempatkan di jannah yang kekal abadi.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment