(i)
"Golongan profesional dikesan mudah dipengaruhi pihak tertentu untuk mengikuti perubatan songsang yang turut dikategorikan sebagai ajaran sesat apabila mereke menggunakan jin atau mahkluk halus dipercayai mampu menyembuh penyakit misteri serta membuang sial dalam diri masing-masing"
Tiga elemen yang menjadi mauduk bicara dalam petikan di atas ialah profesional, sesat dan sial.
Kita bukan bicara tentang Mat di hujung kampung yang buta huruf. Kita juga bukan lagi berada di zaman yang terpinggir dari maklumat sehingga menyebabkan kesesatan. Kita juga nampaknya masih bertarung dengan sikap pesimis amat apabila awal-awal lagi tunduk kepada natijah memiliki jiwa kotor yang jika kena caranya boleh digilap semula. Betapa mengecap diri sial bukanlah jalan keluar untuk pasrah tidak menentu.
Golongan profesional ini pastinya tahu buruk baik hasil gedung ilmu yang mereka miliki bukan kepalang. Tetapi kenapa mereka juga boleh menjadi bahan mainan sang oportunis yang bertopengkan 'ilmuan' dalam menghambat jin syaitan.
Benar sebagai yang beriman kita harus percaya tentang mkahluk Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar iaitu jin, syaitan dan suku sakatnya. Malah asal usul jin turut disebut dalam Al Quran misalnya dalam surah Al Rahman ayat 15 bermaksud :
"Dan Dia(Allah) menciptakan jin daripada api"
Namun untuk mengusir jin atau syaitan ini juga sewajarnya dengan menggunakan ayat-ayat Allah dengan cara yang pastinya selari dengan amalan yang boleh diterima rasional akal.
Maksud ayat 82 surah Al Israk jelas mengatakan :
"Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penwar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman"
Golongan profesional ini seharusnya mampu berhujah tentang kaedah yang bakal mereka terima sebelum 'menelannya' bulat-bulat. Atau keilmuan mereka tidak mampu menjadi nur yang boleh membezakan antara hak dan batil? Lalu mereka terjebak dengan kerja kesesatan.
Dan pastinya 'sial' yang kononnya dijaja sebagai penyebab agar rawatan sesat dijalankan ke atas mereka adalah hasil dari jiwa yang kotor tempat nafsu assuk bermain. Lalu jiwa kotor tadi akan didonimasi oleh unsur syaitaniah dan akan kekal kotor selagi tiada usaha untuk mengikisnya.
Apapun bagi mereka yang bergelar muslim, tidak ada usaha lain selain dari kembali pada ayat-ayat Allah dan kaedah warisan ulamak silam yang jelas tidak bercanggah dengan landasan syarak.
(ii)
"Ayah hanyut bersama bilik air" Terasa menyayat hati apabila membaca berita muka pertama yang meragut nyawa seorang ayah berusia 42 tahun apabila beliau dihanyutkan ketika menggunakan bilik air yang runtuh dan dihanyut arus deras.
Kejadian berlaku di Gombak. Menurut ceritanya kejadian sama pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak sampai meragut nyawa hatta mencederakan sekalipun. Namun tidak ada tindakan drastik diambil oleh penghuni rumah tersebut yang barangkali pada ketika itu tidak terfikir peristiwa sama akan berulang malah lebih tragis sehingga mengorbakan nyawa.
Sehingga posting ini ditulis belum ada khabar samada mayat mangsa Zadain Zainal sudah ditemui ataupun belum.
Cuma pagi tadi ketika singgah mencari roti canai dan nescafe tarik di gerai mamak yang terletek di Selangor Mansion, terserempak dengan sekumpulan anggota Bomba & Penyelamat yang sedang menjalankan operasi mencari di tebing Sungai Gombak.
Menurut salah seorang anggota B & P yang ditemui mereka yang diarah untuk berjaga-jaga sekiranya mayat mangsa dihanyutkan menghilir sampai ke kawasan tersebut.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment