Friday, October 3, 2008

Corat Coret Raya(i)


Ke Sungai Siput mengunjungi adik yang bercuti raya di rumah mertuanya di Felda Lasah. Di sepanjang perjalanan seronok menyaksikan banyak kereta bersidai di bahu-bahu jalan menandakan kekadiran pengunjung ke rumah-rumah saudara mara/jiran/kenalan.

Hari pertama Aidil Fitri merupakan saat kemuncak perayaan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Satu lagi sehari sebelumnya iaitu hari terkakhir Ramadhan. Bagi saya hari-hari selepas itu tidak sebegitu 'menyentuh' memandangkan sudah boleh berpuasa sunat bagi mereka yang ingin menunaikan puasa sunat Syawal. Istilah beraya sampai sebulan pada saya hanya pada istilah masyarakat Melayu sahaja.

Pada sebelah malamnya terasa penat untuk terus ke kampung mertua di Bagan Datoh. Ambil keputusan untuk menginap semalam di Kuala Kangsar. Hah, dapat bilik di Resort Sungai Perak. Cuma sayang tak dapat menginap di bilik yang menghadap ke Sungai Perak.

Pada keesokannya sempat juga mengirup udara nyaman di tebing Sungai Perak. Dapat menyaksikan kampung Sayong yang terletak di seberang. Jika dulu untuk ke Sayong perlu menaiki 'bot tambang' tetapi sekarang boleh menggunakan Jambatan Sultan Abdul Jalil.

Walaupun begitu aktiviti bot tambang masih dijalankan. Harga tambang yang dikenakan pula ialah 40 sen. Menurut cerita khidmat bot tambang ini pernah mengalami tragedi yang meragut 7 nyawa sekitar tahun 70-an. Ia dikhabarkan berlaku pada subuh hari raya Aidil Fitri.

Mengikut cerita sampan itu dinaiki seramai 14 penumpang .Teringat pula cerita bot karam di perairan berhampiran Pelabuhan Kelang Selasa lalu yang mengorbankan 14 nyawa.

Di samping khidmat mengangkut penumpang dari Kuala Kangsar ke Sayong, bot tersebut turut digunakan untuk membawa pelancung yang berminat melakukan 'river cruise' dengan harga rm10 untuk sepuluh orang.

2 comments:

Anonymous said...

SeLaMaT hArI RaYa, mAaF ZaHiR DaN BaTiN!!!~~~

Anonymous said...

nice blog~~~ ^~^