Friday, October 17, 2008

Unbreakable Crew


Tank-Lziz

Hand Stand-Jeff

Akisi B Dance-Jaff,Kecik, Edy & Lziz

Sihat Fizikal-Drug & Alcohol Free

Selepas solat isyak malam tadi perut terasa berkeroncong. Bercadang ke El Izzat di Hang Tuah Mall. Sambil makan sambil tengok gelagat orang.

Sebaik ingin memakir kereta, terserempak dengan sekumpulan B Boys sedang memperagakan breakdance mereka. Memerhatikan mereka dari dalam kereta. Sesekali perasan mereka mencuri-curi pandang seakan segan dan sangsi. Maklumlah ketika itu saya berkopiah dan asyik melihat ke arah mereka.

Sejurus saya mengambil keputusan menghampiri mereka. Kopiah ditanggalkan. Tinggal jubah dibadan.

Mereka saya dekati. Ternyata kesangsian mereka sirna apabila saya memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat-sekadar ingin ambil tahu tentang 'dunia' mereka.

Jelas mereka mudah diajak berbual. Lziz, Jeff,Edy dan Kecik-itulah nama yang diberi. Berusia lewat belasan. Mereka bekerja sambilan di restoran dan memang berminat dengan shuffle dan breakdance.

Jeff misalnya sudah bergiat sejak tahun 2000 ketika di Johor Bharu. Lziz dan Edy boleh dikatakan newcomer sementara Kecik lebih cenderung pada shuffle.

Teruja juga melihat gelagat mereka 'berlatih' di bawah sinar lampu neon di ruang pejalan kaki hang Tuah Mall itu. Bagi mereka itu sebahagian daripada aktiviti yang tidak mengganggu orang lain. Ada waktunya mereka akan pergi ke studio untuk berlatih dengan cara intensif dengan berlatar belakangkan upbeat music.

Pelbagai aksi yang mereka lakukan termasuk h spin,v kick, six step, master swamp dan hand stand-sebahagian dari puluhan aksi yang terdapat dalam breakdance.

Menurut mereka budaya breakdance ini banyak menular di Kuala Lumpur, Johor Baharu dan Melaka. Sesekali mereka akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu 'ruas' di sana.

Ditanya apakah mereka cenderung dengan pengambilan dadah, alkohol dan sebagainya, spontan Jeff menidakkan pandangan tersebut. Begitu juga dengan rakan-rakan lain.

Selain breakdance, mereka juga terlibat dengan aktiviti grafiti-dua antara 4 live iaitu selain dress up dan mc mengikut istilah mereka.

Sempat juga meminta mereka membuat beberpa aksi di hadapan kamera. Selepas itu ajak mereka pekena nasi lemak di gerai berhampiran sambil bercerita lagi tentang haluan yang mereka ceburi ini.

Apapun sebelum berpisah sempat juga memberi ingatan agar mereka jangan terlibat langsung dengan keruntuhan moral, selalu berfikiran positif dan sebagai Melayu Muslim- dekati Allah dengan bersolat.

Nanti selepas ini harap akan bertemu lagi.

No comments: