
Terbaca kolum rencana akhbar Berita Minggu(6/10) di bawah Tajuk Bakti Tokoh Pewaris Bangsa Diiktiraf Negara. Ia mengenai tokoh-tokoh warisan hidup yang berusaha gigih dalam bidang seni bagi mengekalkan warisan bangsa.
Salah seorang daripada mereka ialah Ali Badron Sabor atau Pak Ali dan bagi saya lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ali(gambar).
Cikgu Ali sebenarnya boleh saya jadikan sifu dalam sastera lisan khususnya pantun. Ini kerana saya pernah mengikuti tiga bengkel yang turut melibatkan Cikgu Ali sebagai pembentang kertas kerja. Ketiga-tiga bengkel ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa & Pusteka sempena Pertandingan Pantun Antara Kementerian pada tahun 2005, 2006 & 2007.
Bagi saya Cikgu Ali memang 'one of the kind person i've ever met". Selain berilmu, orangnya kelakar, tidak lokek ilmu, mudah mesra dan senang diajak berunding.
Pada ketiga-tiga sesi itu Cikgu Ali tampil dengan imej kearabannya seperti memakai tarbus.
Beliaulah yang memberu tunjuk ajar cara sebenar bagaimana pantun harus disampaikan. Ikut cara Nordin Ahmad berpantun dalam filem Seri Mersing tegas beliau. Jangan berlagu-lagu seperti yang laziam dilakukan dalam pertandingan peringkat sekolah. Malah banyak lagi yang diperturunkan kepada peserta bengkel tersebut. Dan pastinya suasana akan dipecahi dengan hilai ketawa setelah mendengar humor Cikgu Ali.
Dirgahayu Cikgu Ali. Semoga beliau akan terus bergiat selagi diizin Allah dan terus menurunkan ilmu kepada murid-murid agar ia tidak terhenti dan terkubur begitu saja.
No comments:
Post a Comment