Saturday, October 4, 2008

Corat Coret Raya(iii)




Kueh mueh atau biskut raya adalah kelaziman menjadi hidangan di atas meja sempena musim perayaan. Jumlah jenis terpulang pada kemampuan tuan rumah. Begitu juga dengan menu - tiada ketentuan samada tradisi ataupun moden.

Tapi yang pasti untuk sehari dua - menu seperti ketupat, lemang beserta rendang menjadi 'buruan' wakaupun biskut moden turut memenuhi meja. Yang lain mungkin dari jenis 'jajan'(loghat Jawa) seperti kekacang dan kerepek. Pilihlah yang mana berkenan di hati.

Kebiasaannya rumah pertama dan kedua selera masih 'laju'. Tapi bila masuk rumah-rumah seterusnya keinginan makin terbatas sehingga hanya mampu untuk meneguk air sahaja. Apapun yang lebih utama adalah semangat litaurrahim yang terpahat dalam setiap kunjungan.

Satu lagi yang barangkali boleh dikatakan sinonim dengan sambutan hari raya adalah mainan mercun atau bunga api. Entah dari mana asalnya namun budaya membakar mercun dan bunga api sudah seperti membudaya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Namun mujurlah membakar meercun sudah ditegah dari segi undang-undang, jika tidak sambutan hari raya hampir terikut budaya sambutan tahun besar Cina.Nauzubillah.

Dalam pada itupun ada juga tangan-tangan gatal yang curi-curi membakar mercun. Tidak kurang yang hampir putus jari dan lebam biji mata. Semuanya adalah senerio pabila Aidil Fitri. Tidak terdengar sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Itu yang peliknya.

Sejenes lagi permainan yang kerap diamalkan oleh masyarakat Melayu kita ialah bermain meriam buluh. Ia tiada kena mengena dengan tuntutan syarak. Bukalah kitab fekah mana sekalipun. Hanya sekadar aktiviti 'pelarian'-ingin mencetuskan kemeriahan pada hari raya. Itu saja. Cuma jangan sampai terbawa-bawa sebagai kemestian.

Berbalik pada permainan meriam buluh, ia mungkin asing bagi anak-anak kota kerana ia lebih dekat pada budaya anak-anak di kampung.

Secara ringkasnya, keperluan untuk menyediakan meriam buluh pastinya batang buluh panjang dua meter atau lebih. Tetapi selain buluh, pembetung dari jenis konkrit juga boleh digunakan. Malah untuk penjimatan dan nampak lebih 'kampung' ialah dengan menggunakan batang kelapa yang dibuat sebegitu rupa sehingga boleh di'tembak'.Ada juga yang membuatnya menggunakan tin biskut. Malah menurut cerita ada yang memanfaatkan busut sarang anai-anai. Kaedahnya wallahu'alam.

Selain buluh atau apa saja sebagai corong, peralatan lain yang diperlukan ialah karbid(carbide) untuk menghasilkan 'tenaga' yang mengakibatkan berlakunya letupan atau dentuman.Karbid ini berunsurkan haba panas dan menerbitkan bau yang menyucuk.

Sehelai kain buruk dan batang kayu panjang yang digunakan untuk menolak karbid ke dalam corong.

Secara ringkas- sejumlah karbid dimasuk ke dalam tin susu yang diikat ke hujung kayu panjang tadi. Dicampur sedikit air bagi menaghasilkan reaksi. Kayu panjang beserta karbid tadi dijolok ke dalam corong. Sehelai kaian perlu disumbat ke dalam mulut corong agar wap dari karbid terperangkap.

Selepas beberapa ketika, wap akan kelihatan keluar dari lubang kecil yang ditebuk pada pangkal corong yang ditanam ke dalam tanah. Apabila sudah berpuas hati dengan jumlah wap yang terhasil, lubang kecil tadi akan dicucuh dengan api.

Hasilnya-satu dentuman kuat akan memecah suasana. Untuk mendapatkan dentuman seterusnya, proses yang sama perlu diulang. Malah sekiranya ada dua atau lebih meriam buluh, satu perlawanan bunyi siapa lebih kuat akan diadakan.

Dari segi undang=undang adakah ia dibenarkan? Pernah satu ketika di kampung saya pihak berkuasa datang merampas corong meriam buluh dan dibawa ke balai. Itulah antara 'trill' bermain meriam buluh- namun jarang terdengar sehingga ada yang sampai terkulai jari sehingga terbaring di katil hospital sedang kawan-kawan lain seronok berhari raya.

No comments: