Kelaziman masyarakat Melayu di negara kita menyediakan bubur lambuk pada bulan Ramadhan dan dodol pada hari raya sudah diketahui umum. Keistimewaan makanan tradisi ini seolah-olah menjadi penyeri dan kemestian pada kedua-dua peristiwa penting tersebut.
Lain tempat kemungkinan berlainan resepinya namun yang penting adalah semangat yang lahir di sebalik pembikinannya. Umum mengetahui kedua-dua bubur lambuk dan dodol memerlukan kesepakatan dan kerjasama untuk menyempurnakannya bermula dari menyediakan bahan sehinggalah pada ketika mengagih-agihkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan lebih daripada satu periuk atau kawah.
Itulah falsafah yang jelas dizahirkan setiap kali ‘pesta’ mengacau bubur lambuk dan dodol diadakan. Lupakan dulu penat dan lelah berdiang yang kadangkala sampai sehari suntuk. Ditambah pula dengan kepenatan menjalani badah puasa. Semuanya persis tidak terasa sementelah semangat untuk menikmati hasil yang dimasak semakin meluap-luap.
Betapa semangat kerjasama, bekerja dalam satu pasukan dan situasi penuh harmoni jelas kelihatan di sepanjang aktiviti ini. Ditambah pula pada waktu-waktu tertentu ada pemimpin atau ketua masyarakat yang turun padang menyinsing lengan mengacau bubur lambuk atau ddodol di atas tungku..
Simbolik pada perlakuan ini adalah kita sewajarnya sentiasa mengamalkan sifat-sifat terpuji sedemikian dengan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa kita, di mana kedudukan kita malah apa jua ideologi politik yang kita cenderungi.
Alangkah indahnya jika amalan ini dihayati bukan sekadar di dapur-dapur sepanjang Ramadhan atau menjelang Syawal sahaja tapi biar berlanjutan dan melimpah ruah pada bulan-bulan selebihnya. Jadikanlah ‘roh’ kesatuan yang menjelma pada ketika menyediakan bubur lambuk dan dodol itu berterusan dalam memastikan kehidupan ummah tidak terjerumus dalam kancah perpecahan.
Barangkali inilah antara formula yang perlu disuntik dalam menangani suasana yang melanda negara kita hari ini. Kemelut hilang kepercayaan pada pemimpin, jatuh menjatuhkan dan sebagainya perlu ditangani sebaiknya dan jadikanlah semangat bubur lambuk dan dodol sebagai pemangkin ke arah mengembalikan keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam khususnya dan umat Melayu serta rakyat Malaysia umumnya.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
