
Semasa memyampaikan Berita 4.30 ptg di Melakafm semalam terselit berita tentang aktor Bollywood, Shah Rukh Khan bakal menerima enugerah Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Ia sebagai menghargai sumbangan Mr. Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.Akbar hari ini juga menjadikan berita itu sebagai highlight.
Tak sempat nak selongkar rekod apakah tajuk-tajuk filem yang dibintangi oleh Mr. Khan atas nama ingin mempopularkan Malaysia kecuali satu itupun jika tak silap- One Two Ka Four.
Itulah pengiktarfan yang seharusnya diterima dengan besar hati oleh salah satu dari tiga Khan yang mencipta nama sebagai hero filem-filem Bollywood selain Amir Khan dan Salman Khan yang bukan anak kelahiran Malaysia.
Mungkin selepas ini ada juga anugerah untuk pelakon Hong Kong, Jackie Chan yang tidak kurang mengharumkan Malaysia khususnya Kuala Lumpur dalam filem-filem aksi beliau.
Tak semena-mena teringat pada seorang veteran RTM yang digeruni bakatnya samada sebagai penyiar atau penyanyi lagu-lagu paotriotik iaitu Jamaluddin Alias atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jamal.
Kali terakhir berjumpa dengan Abang Jamal ialah ketika menghadiri majlis perkahwinan anak penyampai berita/pengulas sukan Abdullah hashim kira-kira tiga tahun lalu.
Beliau nampak sedikit uzur lantaran saiz badan yang berisi walaupun begitulah keadaan Abang Jamal sewaktu masih berkhidmat lagi iaitu tampil dengan susuk tubuh yang 'bulat'. Walaupun kaya dengan senyuman, tapi bagi yang tidak mengenali beliau mungkin akan 'gerun' melihat raut wajah anak jati Kuala Lumpur ini.
Abang Jamal memang dianugerahi bakat yang cukup besar oleh Allah SWT. Bagi saya yang tidak lama dan begitu rapat dengan beliau amat mengagumi bakat beliau itu. Beliau adalah antara aset yang pernah mengharumkan nama RTM khususnya Radio selain nama-nama besar lain yang tiada pengganti. Bakat seperti yang dimiliki oleh golongan insan sebegini adalah tulen lagi semula jadi.
Tapi apa hubungannya mengaitkan nama Jamaluddin Alias dalam cerita Shah Rukh Khan menerima anugerah Datuk? Tak lain tak bukan tentang pengiktirafan itulah. Saya mungkin ketinggalan dari segi maklumat namun seingat saya Jamaluddin Alias belum ada gelaran seperti Datuk di pangkal namanya selain barangkali selain gelaran yang dipangil oleh cucu-cucu.
Ingat lagi lagu Malaysia Berjaya? Malah banyak lagi jika ingin disenaraikan. Satu tidak tahu orang lain, tetapi bagi saya anak kelahiran pasca merdeka,btelah terdedah dengan lagu tersebut seawal sekitar tahun 60-an.
Siapa yang tidak bersemangat apabila mendengar lagu patriotik itu. Siapakah penyanyinya? Betulkan saya jika saya salah. Suara di sebalik lagu-lagu 'keramat' yang menaikkan semangat cintakan negara sejak awal negara mencapai kemerdekaan adalah penyiar radio kelahiran RTM bernama Jamaluddin Alias atau Abang Jamal kami sebagai penyiar generasi muda yang sempat mengenali dan menimba ilmu daripada beliau.
Habat tak hebat jasa Abang Jamal dalam menanam 'roh' cinta tanah air menerusi lagu kepada jutaan rakyat Tanah Melayu sehingga menjadi Malaysia dan masih relevan sehingga kini.
Jika sebilangan artis turut menerima gelaran Datuk malah ada yang bergelar Tan Sri, barangkali Jamaluddin Alias juga harus menerima pengiktirafan anugerah sebesar itu.
Namun teringat mimik muka Abang Jamal ketika makan semeja dengan beliau semasa di majlis Abdullah Hasim itu. Entahlah, seperti ada rahsia yang tak mungkin terselongkar atau sekadar ingin memberi 'nasihat tanpa suara' pada saya tentang jiwa dan gelodak rasa seorang penyiar tulen untuk saya kunyah sebagai penyiar hari ini.
No comments:
Post a Comment