Selepas deman hari raya para politikus dan pemain politik tanah air khususnya UMNO akan berhadapan dengan demam pemilihan. Soal siapa bakal terpilih dan terlepas peluang adalah soal yang dibawa berbincang sambil mulut mengunyah biskut raya yang mungkin tinggal baki masuk hari keenam ini.
Soal yang berminat dan telah menyuarakan hasrat untuk merebut peluang duduk di peringkat atasan bukan rahsia lagi. Ini merancakkan lagi amalan demokrasi.
Matlamat memiliki kerusi pucuk pimpinan dan orang nombor dua menjadi semakin hangat. Yang jelas kerusi nombor dua sudah ramai yang terliur. Tunggu untuk kerusi teratas. Apakah akan ada ‘smooth handing over’ atau akan ada pencabar untuk kerusi ‘presidency’ yang sekali gus membawa gelaran Perdana Menteri bagi Malaysia yang tercinta ini.
Jadi nombor keramat 2010- sempena peralihan kuasa, boleh juga dibaca nombor dua kosong sama seperti nombor satu juga kosong( dua kosong, satu kosong)
Sejenak lupakan dulu soal ada kerajaan baru yang bakal terbentuk walaupun target 16 September sudah jauh ditinggalkan atau sebarang usul yang bakal dibawa apabila Parlimen mula bersidang dalam masa terdekat.
Para pemerhati iaitu rakyat terbanyak juga tidak lepas peluang membuat congakkan. Yang pasti merekalah yang bakal ‘terpukul’ dengan apa jua perubahan di peringkat atasan. Tunggu dan nantikan saja apabila sampai masanya.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment