Membaca keluhan Siti Jarum lewat pojoknya dalam Mingguan Malaysia tentang rancangan TV sepanjang dua tiga hari sambutan Aidil Fitri lalu. Menurut Siti tidak ada dinamisme dalam tema yang dibawa lebih-lebih lagi ia 'menuntut' air mata penonton.
Luahan Siti baru terbit semalam(5/10) sedangkan saya sudah memperkatakannya sejak malam menjelang raya lagi apabila meneonton drama yang dipenuhi dendam kesumat, niat jahat, pecah amanah, kemiskinan dan sebagainya.Tapi ketidakpuasan itu yang diluahkan pada isteri yang turut menonton.
Barangkali itulah nilai sebuah 'kemenangan' dari perspektif pembikin drama kita. Betul hari raya harus diinsafi walaupun kita sedang gembira merayakan kejayaan persis baru pulang dari medan peperangan .Tapi tidak adakah tema lain yang walaupun menjurus kepada keinsafan namun pengisiannya dan kesimpulannya bukan setakat 'hukuman' kepada watak-watak hitam seperti yang dipotraykan.
Banyak unsur lain yang boleh mengangkat kemenangan sebagai tema. Cerita seorang ahli korparat pulang ke kampung halaman mencari Tok Penghulu atau Ustaz yang banyak membantu beliau sehingga berjaya.
Cerita sekumpulan anak gologan tidak berada kerana tidak mahu menyusahkan keluarga tapi berusaha sedaya upaya menjadikan hari raya cukup bermakna. Penulis skrip pasti mahir menangani tema sebegini.
Bak kata Siti, moga-moga tahun depan akan ada perubahan.
Satu lagi ialah tentang rancangan tv selain drama. Lagu hari raya yang berkumandang di radio satu hal. Program hiburan di kaca tv juga tidak kurang menyenakkan. Digambarkan bahawa hari raya hanya layak diraikan oleg golongan artis.
Merekalah yang menyanyi, menari sehingga menziarahi kubur pun perlukan 'khidmat' artis agar sesuatu program itu nampak glamor. Belum lagi aksi-aksi lawak dari golongan pelawak yang didokongi oleh pelawak muda termasuk yang dilahirkan dari satu program tv realiti.
Sempat menonton adegan tentang tips bagaimana nak ponteng puasa. Ada ke? Memang diingataan bahawa penonton jangan meniru perlakuan itu dan kita memang tahu bahawa itu adalah amalan mereka yang selamba melakukan kemungkaran tapi perlu ke jadikan sebagai sebahagian daripada aksi lawak? Meminjam kata-kata Nabil...lu fikirlah sendiri.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment