Rasanya belum nak tidur. Siang tadi sewaktu menyelak helaian surat khabar terbaca berita tentang artis-artis tanahair. Tiga membawa kisah keretakan rumahtangga sementara seorang lagi sedang menanti untuk mendirikan istana.
Ketiga-tiga penyanyi tersebut sebelum ini pernah muncul dan popular dengan lagu yang mengandungi lirik yang antara lain mengangkat martabat wanita sebagai isteri.
Kebetulan mereka adalah artis jadi kisah mereka dimuatkan di media dan menjadi tatapan umum. Isunya di sini adalah betapa rapuhnya institusi rumahtangga yang dibina khususnya dalam kalangan umat Melayu Islam di negara kita. Ini perlu kita renung dan tenung bersama.
Benar jodoh pertemuan di tangan Tuhan namun kudrat kita sebagai mahkluk juga diambil kira dalam memastikan rumahtangga yang dibina berpanjangan usianya. Ia berbalik kepada falsafah perkahwinan yang mukadimahnya ialah lafaz ijab dan kabul antara bakal suami dan isteri.
Segalanya begerak dari momentum yang cukup luhur dan murni lantaran ia bukan sekadar adat tapi antara tuntutan ibadat. Tetapi apa yang mendatang selepas itu tentunya bergantung kepada nawaitu dan perlaksanaan tanggungjawab kedua belah pihak.
Seandainya masing-masing bijak menjaga hak dan tanggungjawab insyaAllah jodoh akan berpanjangan. Tetapi sekiranya ikatan perkahwinan itu sekadar ingin memperoleh 'title' pasangan ideal atau sebagainya dikhuatiri ia akan patah di pertengahan jalan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan golongan artis popular yang kononya menjadi ikutan sebahagian peminat fanatik.
Apakah kebobrokan rumahtangga mereka juga akan dicontohi? Akibatnya nanti ramailah pasangan yang mengambil mudah hal rumahtangga lantaran ada pihak yang gemar berkahwin cerai dan menganggap perkahwinan bak menukar baju di badan.
Yang pasti menjadi mangsa adalah anak-anak dan keluarga kedua belah pihak. Akan berlakulah tuntutan hak dan sebagainya. Dan pihak media juga pastinya akan megambil kesempatan manjadikan bahan cerita yang kononnya sensasi ini sebagai pelaris jualan.
Renung dan fikirkanlah bersama-sama. Kita dilahirkan ke dunia hanya sekali. Kita diberi keupayaan untuk ingat-mengingati. Berfikirlah secara rasional. Kehebatan nama hanya sekadar pinjaman. Sekali ditarik balik tiada siapa lagi akan peduli.
Jika hari ini kita menyanyikan lagu yang menarik apakah kita rela nama penyanyi di sebalik lagu itu tercarik?
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment