Monday, October 20, 2008

Moral Yang Mana Satu?

Terbuktilah bahawa dinamisme kepepimpinan mudah lulus tahap pemilihan walaupun seseorang itu pernah menconteng muka dengan arang yang melibatkan perilaku amat terlampau seperti 'permainan' di atas ranjang.

Tapi itulah hakikatnya. Ia merupakan hasil permainan atas permainan yang ternyata 'memuaskan' sesetengah pihak. Watak yang terpilih mungkin dilihat sebagai pencetus kepada corak kepemimpinan baru yang relevan bagi menangani kemelut dunia hari ini.

Apapun itulah kemahuan dan hasrat mereka yang memilih. Selepas ini beliau akan bekerja sebagai orang nombor dua, sedang di bawah adalah ratusan ribu pengikut dan penyokong yang menunggu untuk dicorakkan.

Bagi golongan ini perlakuan terlampau ketua mereka walaupun bersangkutan dengan moral tapi masih ada ruang kemaafan.Mereka berani meletakkan pucuk pimpinan di tangan orang yang pernah 'mengelar' daging lembut dibetis maruah. Dan kini mereka bakal berjalan terhencot-hencot sekalipun darah sudah berhenti mengalir.

Apakah kita juga berfikiran sebegitu? Ingat bahawa kita juga bakal melakukan pemilihan.

No comments: