Dalam kehidupan ini kita sering membuat keputusan. Keputusan yang diambil pula selalunya yang dianggap baik pada ketika ia diambil. Jarang kita dengar ada orang yang membuat keputusan yang sangaja memudaratkan. A decison wrongly made brings disaster. Begitulah lazimnya.
Dalam mencapai sesuatu keputusan pula kita ada waktunya menetapkan sesuatu sasaran. Ia mungkin akan dilakukan waktu in juga, petang nanti. esok, lusa malah tahun hadapan. Ia sebenarnya bergantung pada apa natijah yang ingin kita hasratkan.
Namun dalam pada itu sering juga kita dengar ada orang yang menarik balik keputusan yang telah dibuat. Atau tidak kurang yang membuat keputusan untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat atas sebab-sebab tertentu. Tidak kurang juga yang selesa dengan keputusan yang telah diikrarkan dan tidak sekali-kali akan mengubah pendirian.
Sacara psikologinya tentu ada istilah yang boleh dkaitkan dengan sikap yang sebegitu dan pasti boleh dikaitkan dengan sebab musabab kenapa ia boleh jadi begitu. Apapun biarlah ia menjadi persoalan yang dijawab oleh si pelaku keputusan sendiri.
Yang menarik untuk disentuh di sini ialah tentang keputusan yang dilaksanakan lebih awal darpada ianya sepatut berlaku. Walaupun tiada apa yang mustahil namun kadangkala ia samada boleh mendatangkan keraguan atau ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat malah ada waktunya sememang diduga dan diharapkan oleh sesetengah pihak.
Peralihan kuasa yang pada awalnya akan dilakukan pada 2010 antara Perdana Menteri dan Timbalannya kini sudah dipercepatkan iaitu pada Mac 2009. Kita percaya keputusan untuk mengubah sasaran tarikh asal keputusan terdahulu pasti mempunyai hikmah tertentu.
Banyak pihak yang melihat perkembangan ini sebagai keputusan terbaik yang lahir dari hati terbuka Dato' Seri Abdullah Badawi(Pak Lah)setelah membuat pertimbangan pada segala aspek.
Justeru berakhirlah tempoh Pak Lah sebagai Perdana Menteri kelima Malaysia yang telah disandangnya sejak November 2003. Yang jelas tindakan Pak Lah itu diambil atas inisiatif ingin melihat UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya tetap releven di hati rakyat lebih-lebh lagi setelah apa yang dialami selepas PRU ke-12 Mac lalu.
Semoga peralihan yang dibrought forward ini akan berpindah tangan dengan sebaiknya dengan iltizam yang teguh ke arah memulihkan senario politik tanah air tercinta.
Selain itu satu lagi perihal mempercepatkan keputusan yang telah diperakui ialah jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang ketika ini disandang oleh Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut laporan, Dr Asri sudah tidak bersemangat dan berminat lagi untuk menerusakan tugas sebagai mufti dan ingin kembali berkhidmat di Universiti Sains Malaysia(USM) walaupun tempoh kontrak perkhidmatan beliau hanya akan tamat pada Jun tahun hadapan.
"Tiada lagi semangat" adalah alasan yang boleh dibaca oleh masyarakat umum namun apa sebenarnya yang menyebakan semangat beliau luntur tidaklah dapat dikongsi bersama.
Seperti yang kita sedia maklum Dr. Asri, mufti termuda yang menjawat jawatan penting itu memiliki sikap yang kadangkalanya 'out spoken' namun bernas dan didasari oleh dalil dan hujah ilmiah.
Dua keputusan yang dibrought forward oleh dua tokoh yang dilihat mampu membawa perubahan dalam lapangan masing-masing. Menanti adalah dua individu yang bakal mengisi 'pejabat' yang dikosongkan bagi meneruskan tugas dan tanggungjawab membela agama dan ummah.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment