Minggu lalu berlaku insiden pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Perlis menendang guru wanita sekolahnya. Hari ini pula dilaporkan berlaku insiden sepak terajang tetapi kali ini antara dua kumpulan pelajar lelaki dari sekolah yang sama.
Lalu lahirlah pelbagai pandangan dan pendapat daripada segenap peringkat masyarakat berhubung tragedi mengharukan itu. Sehingga ada yang menyarankan bahawa pelajar seperti itu harus dibuang sekolah. Terbit pula pendapat yang menyanggah tindakan sedemikian dengan mengeluarkan hujah bahawa langkah itu seolah-olah merampas peluang daripada pelajar.
Dalam hal ini yang utama bukan siapa harus dipersalahkan tapi kenapa kita cepat menyalahkan pihak tertentu sedangkan kita jarang sekali mahu mengaku bahawa mahu tak mahu kita wajar dikaitkan dengan kekhilafan kita sendiri.
Kita mungkin ibu bapa, pendidik, penguasa, penggubal undang-undang,ulamak, pemimpin hatta ahli masyarakat seharusnya berperanan melihat dan menangani permasalahan ini secara tuntas tanpa kecuali.
Ingat zaman berubah, pendekatan juga perlu seiring. Yang dulu berkesan kini mungkin boleh dipertikai. Yang dulu wajar kini belum tentu relevan. Kita banyak cerdik pandai sementelah bilangan pusat pengajian tinggi juga berpuluh bilangannya.
Berapa ramai para sarjana dan cendiakiwan yang bangun di tengah-tengah masyarakat melancarkan jihad memurnikan sahsiah generasi dari peringkat akar umbi lagi. Apakah ia sekadar berlegar dan bergema di dewan-dewan simposium dan seminar atau ada jihad peribadi yang tidak sekadar menunggu termaktub dek resolusi?
Hadirlah ke dalam komuniti dengan keilmuan membukit di dada. Dekati masyarakat, jemaah dan turun mengurut bahu ahli-ahli kariah sambil memberi idea dan suntikan hikmah agar gejolak jiwa generasi muda ditelusuri dengan limpahan tauhid ilmullah sebagai paksi keperkasaan jatidiri.
Turunlah dengan sukarela jangan hanya menunggu disogok bantuan dan pampasan. Bekhidmatlah. Praktikkan teori-teori gergasi yang dililit segumpal ijazah. Rungkailah permasalahan yang wujud seusainya berlandaskan disiplin yang dikutip di dewan-dewan kuliah.Berkhidmatlah. Tendanglah nafsu ammmarah dan rebutlah kejiwaan berkilau indah sambil menuntut redha Allah.
Betapa yang berada di puncak hari ini asalnya dulu adalah pelajar sekolah. Jika hari ini sudah digelar berjaya apakah tidak mahu melihat adik-adik turut mengecapi kejayaan? Apakah setelah dipanggil terpelajar rela melihat generasi muda kurang ajar?
Ini bukan 'tendangan' marah . Hanya sekadar ingin cuba 'menendang' ammarah ke arah mencapai mardhatillah. Sekali lagi berkhidmatlah ikut kemampuan.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment