Alhamdulillah Aidil Fitri tahun ini diizin Allah untuk disambut buat kesekian kalinya. Ini bermakna sempurnalah sebulan Ramadhan dilalui dengan kemampuan yang ada. Kuantitinya genap sebulan namun kualitinya hanya Allah yang mengetahui.
Ramadhan ditinggalkan dengan kesayuan. Pada penghujungnya sejenak memasang azam sekiranya berkesempatan untuk menikmati Ramadhan akan datang, biarlah kesempurnaanya dipertingkat, paling tidak ‘at par’, merudum jangan sekali.
Selepas solat sunat hari raya, mulalah berkunjung ke rumah saudara mara-yang jauh yang dekat. Menikmati juadah bukanlah matlamat tapi dapat bertemu muka, bertanya khabar, bermaaf-maafan dan sesekali kebetulan terserempak dengan mereka yang telah lama tidak bersua-itulah kemanisan.
Posting ini hanya sempat dilakukan pada hari ketiga lantaran tidak sempat menghadap komputer pada hari pertama dan kedua. InsyaAllah akan cuba bercerita sikit tentang corat coret Aidil Fitri. Sudilah menatapnya.
Taqaballahuminna wa minkum. Kullu ‘am wa antum bikhair.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
No comments:
Post a Comment