Wednesday, October 8, 2008

Lagu Raya Selepas Raya

Masih kedengaran lagu raya berkumandang lewat siaran radio walaupun hari ini sudah masuk hari kelapan Syawal. Bagi mereka yang memulakan puasa sunat Syawal atau puasa enam pada dua Syawal lalu terus menerus, sudahpun menyambut raya kedua mereka. Bagi yang belum memulakannya, masih menunggu-nunggu tarikh yang sesuai untuk melaksanaknnya kerana masa ini rumah terbuka masih rancak. Timbul pulak pertembungan antara kewajipan memenuhi jemputan ke rumah terbuka dan berpuasa sunat.

Berbalik pada lagu raya, impaknya sudah berkurangan walaupun belum jemu menikmatinya. Tapi pasti dalam sehari dua ni stesen-stesen radio akan mula menghentikan penyiaran lagu raya dan dikeluarkan dari playlist bagi 'disimpan' sementara sehingga tiba masa untuk diputar semula pada raya tahun depan.

Cuma barangkali sekadar usikan - suka saya lakarkan di sini beberapa rangkap lagu raya popular yang diubah suai liriknya bagi menyesuaikan dengan suasana pasca Aidil Fitri.

(1)

Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa, sepatutnya

Menjelang cukup bulan
Lamanya dirasakan

(2)

Balik Kampung ho, ho balik kampung
Ho, Ho, Ho balik kampung hati riang, sepatutnya

Balik dari kampung ho, ho balik dari kampung
Ho, ho, balik dari kampung, hati murung



(3)

Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu, sepatutnya

Sudilah rasa kuihku
Yang tinggal hanyalah debu

No comments: