Tetapi itulah yang jika boleh dikatakan mampu menghibur saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini-gemar dan minat melihat nombor pendaftaran kereta terutama yang unik dan menarik.
Bagi sesetengah orang memiliki kereta yang mempunyai nombor pendaftaran yang istimewa ada kelebihan tersendiri.Selalunya nombor-nombor sebegini ditempah atau melalui proses tender. Malah pernah dilaporkan seorang putera Arab sanggup berbelanja berjuta USD semata-mata ingn memperoleh nombor 1 untuk kereta mewah miliknya.
'Port' saya untuk menyaksikan kereta yang mempamerkan nombor pendaftaran seperti yang saya maksudkan ialah di Lucky Garden, Bangsar selain terserempak di tengah jalan raya. Selalunya saya akan menyaksikan kereta-kereta berkenaan pusing keliling berkali-kali mencari parkir sedang saya berselera menikmati roti canai banjir di Gerai Abah.
Ada apa pada nombor? Bergantung pada minat seseorang tapi saya tidaklah sampai ke tahap melanggani cebisan kertas yang dijaja di persimpangan lampu trafik sambil si penjual melaungkan 'mapiau, mapiau'
Selalunya apabla balik di hujung minggu saya akan mengunjungi Gerai Abah semata-mata ingin menunggu kereta-kereta bernombor pendaftaran unik berkenaan berkeliaran di depan mata.
Saya tak tahu orang lain, tetapi saya akan 'jatuh hati' melihat nombor pendaftaran seperti MAN 15(apabila dicantum menjadi MANIS), A 15 (ANIS) malah yang dianggap menyerupai seperti NAD 4 (NADA) apabla 4 diserupakan dengan aksara A, 7(T), 8 atau 3(B)dan 2(Z) seperti 7A7A(TATA) mirip akronim nama sahabat saya Tengku Abdullah Tengku Ahmad,7A2A(TAZA) juga mirip nama teman, Mustaza Maah.
Belum lagi SEBIJI GIGI(CBG 6161)MAS ABI(MAS 481)dan PGG6699. Uhh, dan banyak lagilah. Paling tidak saya sendiri memiliki nombor pendaftaran 22 atau ZZ(ZAZMIE ZAIN lah konon). Bagaimana, ada tak yang mempunyai minat sebegini?
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
4 comments:
masa study pernah jumpa kereta NAJ 15 di kampus.. aduhai..
Nasiblah. Tapi disyorkan bakal PM kita guna PM NAJI3
dah lama tak makan di kedai abah sambil2 cuci mata tgk kereta mewah
Bukan aje setakat gerai abah, gerai sup atas bukit pun tertanya-tanya kemana menghilang bila pergi Jumaat lepas.
Post a Comment