Ahad lalu terima sms mengatakan veteran RTM, Datuk Hashim Embi kini berada di Hospital Selayang akibat menderita kanser prostat. Setakat ini belum terima apa-apa maklumat terbaru tentang beliau.
Sejenak terkenang pada Datuk Hashim yang dulu lebih mesra dengan gelaran abang Hashim. Apa yang masih berlegar di kotak ingatan ialah beliau memiliki suara 'berat' atau deep voice. Beliau merupakan penyampai berita radio dan televisyen yang disegani. Kali terakhir saya bertemu abang Hashim ialah apabila menjalani konsert Pujaan 10 Nescafe di Kuantan hampir lima belas tahun lalu. Ketika itu abang Hashim ialah Pengawal(kini Pengarah) Radio Tiga Pahang. Beliau mungkin nampak 'sombong' tetapi beliau sebenarnya cukup mudah mesra dan seorang yang tidak lokek dengan ilmu khususnya ilmu penyiaran.
Semoga Datuk Hashim beroleh kesembuhan dan diberi kekuatan menghadapi ujian Allah SWT ini.
Schools in Singapore take reactive & proactive meaasures in the wake of the
Wuhan Virus outbreak
-
You just have to give it to them-lah, the school authorities in Singapore.
They ain't taking any chances.
Here's a CNA report
SINGAPORE: *Schools in Singapo...
6 years ago
1 comment:
Assalamualaikum. Bapak sekarang dalam keadaan stabil. Sekarang kembali berada di Kuantan dan sebulan sekali akan ke Selayang untuk treatment selanjutnya. Bukan setakat prostate cancer yang bapak alami tetapi kansernya sudah melewati seluruh tulang-tulangnya, dari kepala hingga ke kaki. Tak pernah nampak bapak sebegitu teruk menderita. Tak pernah dia mengadu sakit atau apa2 kesukaran. Dia perahsia orangnya sehingga kami anak2nya pun tak tau dia sakit sampailah dia tiba2 sakit di rumah saya, di seri manjung dan terpaksa dimasukkan ke wad. Rupa2nya kanser yang dialami sudah lama dan merebak menjadi kanser tulang pula sekarang. Saya sekarang sedang mencari maklumat mengenai bapak dan keriernya. Kalau dapat ingin saya meminta bantuan dari sahabat2 lama beliau untuk mengumpul maklumat. Terima kasih. Sila email ke suhashim@yahoo.com
Post a Comment