Tuesday, September 30, 2008

Merayakan Kebebasan & Ops Sikap

Alhamdulillah selepas lebih sebulan dalam tawanan penculik akhirnya anak-anak kapal MT Bunga Melati 2 milik MISC dibebaskan menjelang terbitnya fajar 1 Syawal. Makbulnya doa yang dipanjatkan sempena Ramadhan yang mulia. Sejumlah wang tebusan yang diberi juga memainkan peranan tetapi sekiranya penculik ingin belot bila-bila saja mereka boleh melakukannya. Namun 'senjata mukmin' yang paling ampuh iaitu doa adalah senjata terakhir yang mampu menumpaskan senjata konvensional. Segalanya-galanya dengan izin Allah SWT jua.

Betapa leganya hati ibu bapa mereka yang terlibat apabila mengetahui anak-anak mereka dibebaskan. Bagi mereka Aidil fitri kali ini merayakan dua kebebasan serentak - bebas dari belenggu syaitan setelah sebulan diuji dengan berlapar dahaga dan bebas daripada cengkaman segelintir manusia yang bertindak atas desakan hidup.
Bersyukur atas segala-galanya.

Dalam pada itu sempat juga memantau berta nasional 1 tgh dari Klasik Nasional. Berita tentang Ops Sikap 17 antara pengisi buletin. Biasalah, jumlah kemalangan dan korban jiwa meningkat. Apa lagi nak dikata. Langkah-langkah keselamatan telah dipertingkat. Pesanan dan saranan telah dihebahkan. Namun tragedi masih terjadi.

Takdir tetap takdir. Tapi apa yang tertulis belum tentu terlaksana sebelum perlakuan itu benar-benar diizinkan Allah untuk berlaku mengikut sunnah dan peraturannya. Oleh itu segalanya kembali pada diri manusia itu sendiri iaitu mengambil langkah berhati-hati terlebuh dahulu. Dengar nasihat. Patuhi undang-undang. Ingat-mengingati. Bertoleransi. Hormat-menghormati. Berusaha, berdoa & bertawakkal.

Entah berapa lagi korban yang bakal dilaporkan. Entah berapa ramai lagi ahli keluarga yang menangisi pemergian sanak-saudara meraka. Berapa lagi Ops sikap yang perlu dilakukan sebelum segalanya menemui titik henti. Mungkin pada ketika itu usis dunia telah sampai ke penghujungnya.

No comments: