Sunday, September 7, 2008

Bazar & Lapar Ramadhan


Masih lagi dengan senario ketika menuju ke Pasar Malam Paya Jaras di Sungai Buloh. Apa yang ingin disentuh ialah betapa gerai atau bazar Ramadhan yang tubuh melata. Tapi yang kagumnya ialah pergilah ke mana-mana bazar Ramadhan pun pelanggannya tetap ramai-bak semut menghurungi gula.

Timbul persoalan. Lapar sangat ke dengan berpuasa ni sehingga perlu diisi dengan lahapnya ketika berbuka? Andaian itu dijustifikasikan menerusi beli-belah 'sakan' juadah berbuka puasa. Atau pandangan saya ini terlalu esktrem. Tapi cuba rasionalkan pandangan saya ini dengan senario yang wujud hari ini. Ditakuti bulan Ramadhan menjadi bulan menjamu selera yang terlalu bagi mereka yang kurang berhati-hati.

Rasanya sudah jenuh pak ustaz, pak kiyai atau cerdik pandai agama memberi saranan agar umat mendidik diri dengan kesederhanaan sepanjang menjalani ibadah puasa ni namun ia tidak begitu 'menjadi'.

Lapar, lapar juga. Tapi sabar dalam menahan nafsu peru difikirkan sama.

Jangan sampai pertembungan antara bazar & lapar Ramadhan terus-terusan berlaku di negara yang makmur ini.

No comments: