Kebetulan petang semalam bertemu Ameng Spring yang datang untuk rakaman di Auditorium Perdana. Dia yang menyapa dulu. Ingat lagi rupanya dia pada pengendali PJSN yang sama naik turun pentas satu ketika dulu. Sempat bertanya khabar tentang rakan-rakan artis yang kebanyakkannya menurut Ameng sudah tidak bergiat kecuali seorang dua. Rahmat Mega khabarnya kini usahawan yang berjaya bergitu juga Nizam Laksamana.
Terjumpa juga keratan akhbar yang dihasilkan khusus untuk publisiti rakan-rakan di Pusat Berita Radio termasuk beberapa karya karikatur(sekadar
Juga terselongkar foto ketika acara Santai Puisi sempena Hari RTM Ke-60 pada tahun 2006 lalu. Bercadang untuk meneruskannya melalui aktivtiti bulanan Kasturi tapi belum kesampaian.








No comments:
Post a Comment