Monday, November 17, 2008

Menumpahkan Ilmu

Rabu lepas sempat berkongsi ilmu dengan 22 new intakes dari beberapa stesen radio RTM yang ada di seluruh negara. Walaupun mereka bukanlah 'baru' dalam ertikata sebenar kerana majoriti mereka pernah bertugas secara sambilan malah ada yang mengalami kenaikan pangkat.

Seronok bertukar-tukar fikiran dengan mereka walaupun tugas saya sebenarnya adalah untuk mememberi pendedahan tentang cara penyampaian berita yang berkesan kepada mereka.

Kebanyakan mereka adalah generasi penyiar hari ini. Ada karisma dan visi masing-masing. Tapi tidak terselam apa sebenarnya yang terlukis jauh di sudut hati mereka tentang kerjaya sebagai penyiar. Apakah kerana ingin 'mengabdi' diri atau sekadar mengsisi ruang agar tidak digelar sebagai penganggur.

Sekali imbas mereka punya bakat dan minat. Apapun ia bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan untuk meneroka alam yang menuntut bukan sekadar kelayakan tetapi berupaya membaca kehendak dan selera jutaan audiens yang mempunyai banyak pilihan berbanding dulu.

Dalam hal ini saya melihat kepada perlunya sinergi yang bijak antara penyiar lama dan baru bagi menangani suasana dunia penyiaran hari ini. Orang lama perlu menyedari jika mereka hebat dulu antara lain kerana pendengar masa itu tidak banyak pilihan. Sementara penyiar kini sekiranya mereka merasakan kehadiran mereka tepat pada masanya perlu juga memikirkan apakah sumbangan mereka terhadap pembagunan modal insan seperti yang diuar-uarkan oleh pucuk kepemimpinan hari ini.

Apapun terhibur dengan gelagat si Johnson dari Minnal fm yang menjadi tukang lawak dan menjadi bahan usikan kawan-kawan sepanjang sesi petang itu. Tak lupa pada Anisah[negerifm], wahidah[labuanfm], syidah & rosmary[pusat berita radio], beverly[sarawakfm], marina si gadis everest[terenngganufm] dan rashid, tok penghulu[kedahfm].

Semoga sedikit pendedahan tentang correct breathing, correct reading & sebutan standard rtm dapat kalian amalkan bila balik ke stesen masing-masing. Itulah yang saya peroleh daripada sifu-sifu terdahulu samada dari pengamatan, tunjuk ajar, teguran, bertanya dan bacaan. Saya telah mengutipnya sejak 27 lalu. Apalah sangat yang dapat ditumpah kepada kalian dalam masa sekitar dua jam.

Anggaplah juga segala usikan dan gurauan sebagai hiburan untuk memeriahkan suasana sahaja.
Dan sampai kini masih terbayang menikmati nescafe 3 in one dan mengunyah cucur udang ketika di luar hujan dan ribut sedang melakar aksi alam.

1 comment:

Anonymous said...

Aslmkm Hj @ Abang zazmie.
Hehehe ilmu yang diperturunkan bukan sesuatu yg bersifat sementara tapi lebih kpd hadiah ikhlas seorg senior kpd juniornya. Hehehe mesti mau simpan lama punya. Papehal pun, do keep in touch. Ingat sampai bila-bila. Blog seh ado tp dah lamo sgt x update. So bila dah update baru kita paparkan ye.